Oleh yang demikian, pada 13 Mei 2009 pihak sekolah telah menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak Pembinaan Surau Baharu Sekolah Kebangsaan Simpang Lima yang bertujuan untuk membina sebuah surau baharu.
Objektif
- Membina sebuah surau baharu bagi menggantikan surau lama yang telah uzur.
- Menyediakan ruang pengajaran dan pembelajaran serta kelangsungan pendidikan dan aktiviti keagamaan yang lebih selesa kepada murid.
- Mewujudkan suasana tempat ibadat yang lebih selesa.
- Memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk menambah saham akhirat melalui derma dan sumbangan yang dihulurkan.
Latar Belakang Surau Sekolah
Sehubungan dengan itu, bermulalah usaha merobohkan rumah milik almarhum untuk dipindahkan dari tapak rumahnya di Parit 6 Kencong ke tapak sekolah di Simpang Lima. Pada ketika itu, usaha merobohkan dilakukan oleh seramai 6 orang sahaja.
Kemudian setelah dipindahkan usaha membina semula dilakukan secara gotong-royong oleh penduduk setempat. Sehingga kini, surau ini telah berusia lingkungan 29 tahun. Selama tempoh itulah tiada sebarang bentuk perubahan dilakukan dan ianya telah semakin uzur untuk terus digunakan.
Oleh itu, pihak sekolah bercadang ingin meroboh serta membina surau baharu yang lebih selesa bagi kegunaan murid-murid Sekolah Kebangsaan Smpang Lima yang semakin bertambah tahun demi tahun. Jumlah murid-murid sehingga ke hari ini seramai 620 orang. Jumlah seramai ini agak bermasalah untuk menampung murid-murid di samping keadaannya yang telah uzur.